
Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, namun tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara parti komponen.
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, pembahagian kerusi akan dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira perubahan komposisi pengundi serta keputusan pilihan raya lalu.
“Bagi pandangan saya, kalau dah lima kali bertanding kalah, kita berilah peluang kepada parti lain pula kerana mungkin pengundi di situ tidak suka parti komponen BN yang bertanding di situ.
“Boleh jadi kita buat pertukaran kerusi, tetapi kita bagi peluang sebaik mungkin kepada semua rakan-rakan dalam komponen BN,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau di sini pada Ahad.
Sahabat BN turut mungkin dipertimbang tanding kerusi tertentu
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, parti-parti yang dianggap sebagai Sahabat BN juga mungkin dipertimbangkan untuk meletakkan calon kerana sesetengahnya mungkin mempunyai pengaruh di kawasan tertentu.
Namun jelas beliau, kepimpinan tertinggi parti akan mempunyai kata putus mengenainya.
Mohamad Hasan ingat anggota parti elak sabotaj calon
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua anggota parti agar tidak melakukan sabotaj ke atas calon yang bakal dipilih nanti.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.