
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang, Fahmi Zainol didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas satu pertuduhan keganasan rumah tangga.
Fahmi, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Chia Huey Ting selepas pertuduhan dibacakan.
Beliau yang memegang portfolio pertanian, industri asas tani dan koperasi hadir bersama peguamnya.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, dibaca bersama Seksyen 326A kerana menyebabkan kecederaan terhadap pasangan.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga satu tahun, didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Fahmi sebelum ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow berhubung perkara keluarga itu.
Belum dapat dipastikan sama ada beliau akan terus berkhidmat dalam kerajaan negeri selepas pertuduhan ini.
Terdapat cadangan agar beliau mengambil cuti sementara menunggu keputusan kes.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Fahmi dan isterinya telah menarik balik laporan polis masing-masing, namun difahamkan laporan baharu kemudian dibuat.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.