
Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam, berkuat kuasa serta-merta.
Arahan itu dikeluarkan menerusi satu pemakluman rasmi oleh Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, semalam.
Keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara
Pemakluman tersebut dibuat susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Shamsul berkata, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi dan jabatan, untuk dilaksanakan serta-merta.
Pertanyaan dirujuk kepada agensi penyelaras
“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi penyelaras bagi perkara ini.
“Kerjasama dan perhatian serius bagi memastikan keputusan ini dipatuhi secara menyeluruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing adalah amat dihargai,” katanya.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.