Kekayaan pengasas Nvidia, Jensen Huang, meningkat kepada lebih US$143 bilion selepas beliau dikembalikan ke jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu, menurut data Forbes.
Lembaga pengarah Nvidia pada Isnin sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan Huang dengan serta-merta ke jawatan presiden, CEO dan anggota lembaga pengarah, selepas mengadakan rundingan dengan pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Forbes, nilai kekayaan Huang dianggarkan sekitar US$143.44 bilion setakat 17:00 GMT pada Isnin, meningkat kira-kira US$32.4 bilion. Beliau turut melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-13 dalam senarai individu terkaya dunia.
Huang hanya meninggalkan syarikat itu selama 11 hari selepas meletakkan jawatan pada 12 Nov, susulan kontroversi berkaitan hubungan rapatnya dengan Alice Huang, bekas eksekutif syarikat Megaspeed.
Jabatan Kehakiman dan Jabatan Perdagangan AS kini sedang menyiasat Megaspeed berhubung kemungkinan pelanggaran sekatan eksport.
Alice Huang turut disyaki membocorkan maklumat kepada China, namun Kementerian Luar China menolak dakwaan itu sebagai tidak berasas.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.