Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, dilaporkan meletak jawatan susulan kontroversi hubungan sulit dengan seorang individu yang didakwa perisik China, serta seorang pekerja syarikat itu.
Buat sementara waktu, jawatan tersebut akan disandang oleh Ketua Pegawai Kewangan Nvidia, Colette Kress, sehingga pengganti tetap dilantik.
Kenyataan lembaga pengarah tidak sentuh skandal
Menurut portal berita The Guardian, kenyataan lembaga pengarah Nvidia yang mengesahkan peletakan jawatan itu tidak menyebut sebarang perkara berkaitan skandal perisikan atau pendedahan mengenai kelakuan peribadi yang melanda syarikat tersebut.
Sebaliknya, kenyataan itu menghargai sumbangan besar Huang kepada syarikat yang diasaskannya bersama.
“Sumbangan Jensen kepada Nvidia amat besar. Nvidia merupakan salah satu syarikat teknologi paling berpengaruh di dunia. Lembaga pengarah dan syarikat mengucapkan terima kasih kepada Jensen atas sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada syarikat dan industri ini,” menurut kenyataan itu.
Siasatan bebas dan dakwaan baharu
Awal minggu ini, lembaga pengarah pengeluar cip tersebut melantik firma guaman terkemuka, Wachtell, Lipton, Rosen & Katz, untuk menjalankan siasatan “menyeluruh dan bebas”.
Siasatan itu berkaitan hubungan Huang dengan seorang wanita bernama Alice Huang, yang tiada pertalian keluarga dengan ketua Nvidia itu.
Ketika siasatan berjalan, Huang diarahkan terus menerajui Nvidia.
Namun, lewat Rabu, New York Times melaporkan Huang turut menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pekerja syarikat bernama Kimberly Powell, yang berkhidmat di bahagian penjagaan kesihatan Nvidia.
Laporan itu menambah tekanan terhadap Huang ketika lembaga pengarah sedang bermesyuarat pada hari yang sama.
Pegangan saham Huang
Menurut Bloomberg, Huang memiliki lebih 870 juta saham, atau kira-kira 3.6% daripada syarikat itu.
Nilai kekayaan beliau dilaporkan mencecah AS$145 bilion.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.