Pemimpin DAP, Tony Pua, mempertahankan tindakannya memuat naik sebahagian laporan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, semalam.
Menurutnya, beliau hanya merujuk kepada minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan dan membentangkan fakta-fakta yang ternyata dalam minit tersebut.
“Yang nyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukan saya.
“Yang membuat sebarang keputusan dalam Lembaga, bukan saya.
“Kata orang putih, ‘don’t shoot the messenger’.
“Pemimpin Umno ni, macam semua otak tak berapa center, hanya fasih ‘Tony Pua biadap’, atau ‘semua salah DAP’. Boring,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Kongsi beberapa muka surat minit mesyuarat
Semalam, bekas Ahli Parlimen Damansara itu berkongsi beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat berkenaan, yang didakwa sudah dinyahklasifikasikan, di akaun Facebook beliau.
Timbul bantahan pelbagai pihak
Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak. Mereka mempersoalkan sama ada dokumen tersebut sudah sah dinyahklasifikasikan serta bagaimana Tony Pua boleh mendapatkan dan mendedahkan dokumen itu.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.