
Cuti musim panas ni, ramai rakyat Malaysia nampaknya lebih suka lari ke kawasan pantai – dan memang patut pun, sebab cuaca makin panas dan lembap, dijangka berterusan sampai September!
Menurut Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda di Malaysia, data terkini menunjukkan destinasi macam Semporna, Kuala Terengganu dan Pulau Tioman jadi antara yang paling banyak dicari oleh pelancong tempatan.
Carian untuk lokasi percutian tepi laut bagi Jun hingga Ogos 2025 meningkat 35% berbanding tahun lepas.
“Orang ramai nampaknya memang nak lari dari panas bandar dan tenangkan diri di kawasan yang berangin dan nyaman,” katanya.
Semporna di Sabah mencatat lonjakan tertinggi dalam carian – naik 38%! Diikuti oleh Kuala Terengganu (37%) dan Tioman (27%).
Fabian juga tambah, pantai bukan sekadar tempat berfoto lawa, tapi juga boleh menyegarkan badan dan minda. Pendek kata, memang tempat paling best nak ‘recharge’ masa cuaca macam ni.