
Sekitar jam 3.45 pagi ini, polis menembak mati dua lelaki warga asing yang dipercayai ketua sindiket rompakan dan pecah rumah utama dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Semerah Padi, Cheras, Kuala Lumpur.
Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata sindiket itu aktif sejak 2022 dan dikaitkan dengan lebih 50 kes di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak, dengan kerugian melebihi RM3 juta.
Suspek menaiki sebuah Honda Civic putih yang dilaporkan dicuri di Subang Jaya tahun lalu, bertindak agresif apabila cuba dipintas, lalu mencetuskan insiden tembak-menembak. Pemeriksaan kenderaan menemukan sepucuk revolver, sepucuk pistol separa automatik, dadah dan peralatan pecah rumah.
Polis kini memburu kira-kira 15 lagi anggota sindiket dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.