Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan, yang menjadi penyertaan sulung parti itu dalam PRN.
Presidennya, Larry Sng, akan bertanding di Pelagus.
“Saya tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Julau saya. Hanya beban tugas dan tanggungjawab yang bertambah,” katanya kepada FMT.
Bertanding atas permintaan penyokong
Sng berkata, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu atas permintaan penyokong di Pelagus, tempat beliau pernah menjadi Adun selama dua penggal dari 2001 hingga 2011.
Pelagus ialah kerusi majoriti Iban, dengan komuniti itu merangkumi 97.7 peratus daripada pengundinya.
Sng turut berkata, beliau akan mengumumkan dua lagi kerusi yang akan ditandingi PBM esok.
Berdepan calon GPS
Pada PRN lalu, kerusi Pelagus dimenangi Wilson Nyabung Ijang dalam saingan lima penjuru.
Kali ini, Sng akan berdepan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Cerisologo Sabut.
Sabtu ini ialah hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Disember, disusuli hari mengundi pada 12 Disember.
Ikuti perkembangan terkini di Telegram Buletin Rakyat.