
Dalam satu rakaman audio dari majlis derma 2024 yang bocor kepada CNN, Presiden AS Donald Trump mendedahkan bahawa beliau pernah mengugut Presiden China Xi Jinping, bahawa Amerika Syarikat akan mengebom Beijing sekiranya China menyerang Taiwan.
“Saya kata kepada Xi, jika kamu masuk Taiwan, kami akan bom Beijing,” kata Trump. “Dia fikir saya gila… tapi kami tak pernah ada masalah.”
Trump juga berkata beliau pernah beri amaran serupa kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, bahawa jika Rusia menyerang Ukraine, beliau akan “bom habis Moscow.”
Rakaman ini diperoleh dari beberapa majlis derma 2024 di New York dan Florida, didedahkan oleh penulis buku 2024. Pasukan Trump enggan mengulas kandungannya.
Dalam rakaman tersebut, Trump turut menyuarakan sokongan untuk mengusir pelajar yang terlibat dalam protes pro-Palestin, dan menyatakan penerima bantuan sosial akan sentiasa menyokong Demokrat.
Beliau juga berkata telah berjaya memujuk penderma kaya menaikkan sumbangan daripada AS$1 juta kepada AS$25 juta. “Kamu kena ada keberanian untuk meminta,” katanya.
Mengenai perang Ukraine dan Gaza, Trump berkata jika beliau masih menjadi presiden, krisis tidak akan berlaku, dan menyelar Putin kerana enggan memeterai perjanjian damai.